Saturday, May 30, 2009

Letih....





Letih....... Banyaknya kerja, takde kerja cari kerja, tambah lagi kerja... huhuhu... pehtu rasa letih sangat, sampai hilang idea untuk menulis.. banyak artikel blog-blog yang tertangguh, jadi draf... dah lama terperap, silap-silap buang terus... nasib la...


Letih..... Kenapa letih?

Letih, penat dan lesu; maksudnya keadaan diri yang tidak bermaya atau tidak bertenaga.

Punca-punca letih :

1. Pemakanan yang tidak sempurna

2. Terlalu kuat bekerja

3. Kurang atau terlebih bersenam

4. Insomnia atau tabiat tidur tidak sempurna

5. Gangguan hormon


Cara-cara mengatasi letih

1. Jaga pemakanan

Makan makanan yang seimbang. Pastikan anda tidak mengabaikan sarapan. Jangan bergantung kepada makanan pemberi tenaga atau bergula. Sebaliknya makanlah karbohidrat kompleks (pasta, bijirin dan kekacang) dan lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika perlu boleh ditambah dengan makanan tambahan, iaitu vitamin, ginseng, tongkat ali dan sebagainya..

Bagaimana makanan tambahan boleh membantu?

Vitamin B kompleks menyokong sistem saraf dan imun. Vitamin ini meningkatkan lagi keberkesanan sel darah putih yang menentang bakteria dan virus. Ia juga perlu bagi penyalinan sel darah merah yang sempurna.

Vitamin C juga menggalakkan fungsi imun, membantu memperbaiki tisu dan menyokong kelenjar adrenal yang mengawal pengeluaran horman stress di dalam badan.

Kegunaan ginseng yang paling popular ialah untuk meningkatkan paras tenaga badan. Di Asia, Panax ginseng telah lama digunakan untuk tujuan ini. Siberian ginseng pula mengandungi kompoun yang terbukti dapat melawan kelesuan.

Bagi sesetengah orang, kekurangan sedikit magnesium pun boleh menimbulkan rasa letih. Pengambilan mineral tersebut selama dua bulan boleh mengatasi kekurangan itu. Setiap sel di dalam badan memerlukan campuran asid amino untuk membuat protein, dan dalam sesetengah kes paras rendah boleh menyebabkan lesu.

Minyak flaxseed membantu dengan membekalkan asid-asid lemak perlu, yang memelihara keutuhan sel membran dan meningkatkan sistem imun.


Supplement yang disyorkan

SUPPLEMENTDOSKOMEN
Vitamin B-kompleks1 biji dua kali sehari bersama makanan.Pilih satu B-kompleks yang mempunyai 150 mcg vitamin B12 dan biotin, 400 mcg asid folik dan 50 mg vitamin-vitamin B lain.
Vitamin C1000 mg 3 kali sehari.Kurangkan dos jika mengalami cirit-birit.
Panax ginseng100-250 mg dua kali sehari.Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 7% ginsenosides.
Siberian ginseng100-300 mg dua kali sehari.Dipiawaikan agar mengandungi sekurang-kurangnya 0.8% eleutherosides.
Magnesium400 mg sehari bersama makanan. Diambil selama dua bulan.Waspada apabila mengambil magnesium jika anda berpenyakit buah pinggang.
Asid amino kompleks1 biji dua kali sehari.Diambil ketika perut kosong.
Minyak flaxseed1 sudu makan (15-20 ml) sehari bersama makanan.Diambil pada waktu pagi.


2. Tidur yang cukup

Sebaik-baiknya anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tidurlah sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam. Jika ada kelapangan, tidur sebentar kira-kira 20 minit pada tengah hari (sebelum Zuhur) atau selepas kerja. Ketika hampir waktu tidur, elakkan makanan berat, berlemak atau minuman berkafein untuk mengelakkan masalah tidur.


3. Bersenam

Bersenamlah selalu. Senaman yang sederhana boleh mengurangkan rasa penat.


* Lakukan ujian darah untuk mengesan masalah tiroid atau anaemia jika letih atau lesu berlanjutan.


Maklumat lanjut : sila klik Mahsuri

dan Galeri Ilmu


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...

Post a Comment