Wednesday, April 21, 2010

Amali : Menentukan tekstur tanah secara mendapan

Tujuan
Menentukan tekstur dan butir pepejal tanah cara mendapan.

Bahan/radas
Sampel tanah, balang gas, penutup balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah, air

Langkah-langkah
1. Masukkan sampel tanah sebanyak 40-50 gram ke dalam balang gas.
2. Kemudian isi air ke dalam balang gas sehingga tiga per empat penuh.
3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran supaya kumin tanah terpisah.
4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman tanpa gangguan.
5. Selepas 24 jam, lakukan pemerhatian dan ukur ketinggian (gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap.
6. Hitungkan peratusan pisahan tanah yang mendap menggunakan rumus di bawah dan lengkapkan jadual keputusan.


Peratus pisahan =

Ketinggian lapisan pisahan (cm)
--------------------------------------------------- x 100
Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)


7. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah.





Keputusan amali.. setelah sehari balang gas dibiarkan tanpa gangguan.



1 comment:

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...