Wednesday, January 19, 2011

Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan




1. Iklim
Iklim Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun menyebabkan ia sesuai kepada jenis tanaman seperti padi, getah dan kelapa sawit. Bagi kawasan tanah tinggi yang beriklim sejuk sesuai ditanam sayuran iklim sederhana seperti kubis, kubis bunga dan tomato. Ternakan yang dipelihara terdiri daripada jenis yang sesuai dengan kawasan tropika seperti lembu, kambing, ayam dan itik.

2. Perkembangan sejarah
Sebelum penjajahan Inggeris, padi, kelapa, buah-buahan, gambir, rempah dan sayur-sayuran ditanam secara sara diri. Semasa penjajahan Inggeris, getah dan kelapa sawit diperkenalkan. Pendatang Cina membawa masuk ternakan ayam dan khinzir, manakala pendatang India membawa masuk lembu ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

3. Ekonomi
Tanaman dan ternakan banyak di sesuatu kawasan yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi dan pasaran yang tinggi.

4. Dasar Kerajaan
Kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar untuk pembangunan sektor pertanian sejak merdeka. Antara dasar-dasar yang berkaitan dengan pertanian adalah :

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)


Sumber : MGL Sains Pertanian


5 comments:

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...