Saturday, September 12, 2009

Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran


Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara baru dalam inovasi pendidikan di Malaysia. Sebagai perekabentuk pendidikan di sekolah, kita boleh membina Facebook yang interaktif bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efektif dan fleksibel.


Antara elemen-elemen yang ada dalam Facebook bagi memantapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dan pelajar adalah :

  1. Ruang 'Search'
  2. Link
  3. Authoring
  4. Tag
  5. forum
  6. emel
  7. hyperlink
  8. world contact/friend
  9. digital gift
  10. dinamik content


Melalui Facebook, kita boleh mengintegrasi prinsip-prinsip 'network' dalam ICT/digital dengan semua teori pembelajaran yg ada.



Prinsip-prinsip yang diambil kira dalam membentuk bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang menggunakan Facebook :


  1. Pembelajaran dan pengetahuan adalah pelbagai.
  2. Perhubungan yang menghubungkan semua sumber2 maklumat yang releven.
  3. Sumber bukan berpusat kepada manusia.
  4. Kemahuan untuk mengetahui sesuatu perkara melebihi tahap tahu.
  5. Maklumat yang diperolehi menyebabkan berlakunya pembelajaran yang berterusan.
  6. Kebolehan untuk melihat perkaitan antara bidang, idea dan konsep.
  7. Maklumat yang diperolehi adalah tepat dan terkini.
  8. Semua ketujuh-tujuh perkara di atas tadi menyebabkan seseorg 'user' boleh membuat keputusan dengan tepat.




Amacam? Cikgu-cikgu... jom kita bina Facebook untuk pengajaran dan pembelajaran... tentu pelajar-pelajar kita teruja..




Sumber :
Kuliah Multimedia dalam pendidikan (PLG 547)
Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahya
PTPM USM



3 comments:

  1. Yep.. tgh try implement fb dlm pnp.. need guidance and advice. tq

    ReplyDelete
  2. ok... cikgu cubalah.. ia amat menarik utk diimplimentasikan dlm pnp... boleh hubungi emel saya utk keterangan lanjut...

    ReplyDelete
  3. salam... sy pun minat juga utk bincang isu ni.. macam mana nak hubungi?

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...