Tuesday, January 12, 2010

Orientasi Tingkatan 4


Pada minggu pertama persekolahan yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan Orientasi Matapelajaran kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 selama tiga hari. Mereka telah diberi taklimat mengenai subjek-subjek teras dan elektif yang perlu dipilih bagi menempatkan diri mereka untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2012.

Setelah taklimat dijalankan, pelajar-pelajar ditempatkan mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian akademik dan minat pelajar, iaitu kelas Sains Tulen, Sains Teknologi dan Kemasyarakatan.

Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 telah memilih Sains Pertanian sebagai subjek elektif mereka di samping subjek Matematik Tambahan serta Pendidikan Seni dan Visual.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...