Thursday, April 23, 2009

Ciri-ciri usahawan yang berjaya

Sejak saya membuka Laman Agro kepada pelajar, kami sama-sama bertani... menternak ikan.... Banyak cabaran yang saya lalui.. mungkin ada sekelumit persamaan dengan yang dilalui oleh usahawan tani yang sebenar di luar sana, walaupun peritnya tak sehebat mereka...

Pedihnya hati dan telinga dengan usikan kawan-kawan..
terutamanya bila ikan-ikan puyu yang saya ternak mati semuanya ketika itu disebabkan masalah air.. tanaman dirosakkan oleh tangan-tangan yang nakal..

Lelah memerah keringat.. berpanas, basah kuyup berhujan bagi memastikan semuanya 'under control'.

Kecewa dan terpana dengan alatan atau bahan-bahan yang rosak... pernah bermandi air baja ketika paip air baja tercabut dari penyambungnya, lalu air baja terpancut keluar..

Berhadapan dengan pelbagai kerenah pengedar barangan pertanian yang rata-ratanya ingin mencari keuntungan yang tinggi..

Tapi semuanya saya tempuhi dengan tabah... demi secebis pengalaman dalam mengharungi kehidupan.. dengan dorongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan... kerana kalau nak jadi usahawan tani, kita perlu persediaan mental dan fizikal yang mencukupi...


Berikut adalah antara ciri-ciri usahawan yang berjaya sebagai tips untuk kita semua..


CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA

(Sumber dari Sipa Agro Farm)



1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Berani bertindak dalam apa-apa situasi.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorientasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan.
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan.

5 comments:

  1. SAYA STUDENT DR UMK. SAYA BERMINT TGK LAMAN WEB NI. SEBAB SYA DI UMK DIDIDK UNTUK MENJADI SEORG USAHAWAN D MASA AKN DTG.

    ReplyDelete
  2. suke coz im islamic banking and finance student
    n i must know little bit about entpreunership.. i love dis web n page > nurul poly nilai<

    ReplyDelete
  3. syok ada ciri2 ni coz leh bt assgment dgn mudah

    ReplyDelete
  4. saya dan suamu bercita2 menjadi usahawan, sekarang kami menjual popia nestum secara kecil2an di pejabat tempat bertugas. tapi dek kerana impian kami untuk merubah kehidupan yang agak selalu menghadapi tekanan kewangan, kami tekad untuk mengembangkan popia nestum kami..jadi saya search ciri2 usahawan untuk menjadi kan impian kami sebuah kenyataan. seronok baca blog ini.

    ReplyDelete
  5. slm.. saya nak jadi ushawan perikanan. but berbaloi kah bidang ni ?? boleh pergi jauh ke ?? help me.. saya dpt kos perikanan di UMT and saya konfius dgn cita2 sy sendiri.. usahawan perikanan boleh up mcm usahawan tani yg lain x??

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...