Tuesday, April 14, 2009

Kenali kambing


Kambing mudah dipelihara kerana ia dapat menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya.

Jom kenali kambing....

Kambing Boer



Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

Penyakit : Kambing jenis ini tahan kepada serangan penyakit serta memiliki prospek pemasaran yang baik. Boleh meragut - impek terhad pada rumput atas (grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.

Beranak : 3 kali dalam masa 2 tahun. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian >200 g/hari.

Ciri-ciri : Kambing jenis Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwarna putih dan coklat di kawasan leher dan kepala. Baka asli dengan campuran kambing European, Angora dan Indian. Baka ini sangat popular di Malaysia pada masa kini.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kakinya pendek, tegap, berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 110kg hingga 135kg manakala berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.

Tempoh Matang : Kambing Boer adalah cepat matang :-
  • Jantan - 6 bulan.
  • Betina - 10 hingga 12 bulan.



Kambing Saanen





Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular.

Ciri-Ciri : Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek .Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.


Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek. Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini.


Berat : Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36kg - 63kg (Betina).

Susu : Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu (lemak susu) 3-4%.




Kambing Jamnapari



Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ianya banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh.

Ciri-Ciri : Jamnapari bersaiz besar . Pandangan dari sisi menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dengan sekelompok bulu diatasnya dan mempunyai telinga yang panjang (26.79cm), berlipat dan melampai ke bawah.

Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama.

Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan

Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan leher. Bulunya agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan. Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing Kacang.

Berat : Berat Jantan dewasa boleh mencapai 68kg hingga 91kg manakala berat betina dewasa dari 36kg hingga 63kg.

Susu : Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar. Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.



Kambing Katcjang/Kacang


Kambing Katjang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak . Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Katjang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia. Ianya digunakan untuk keluaran daging.

Ciri-Ciri
: Selain dari saiz badannya yang kecil, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan. Purata ketinggian 55-60 cm.

Susu
: Pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan).

Berat
: Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).



Sumber : http://romatechagroternak.blogspot.com/search/label/Kenali%20Kambing


2 comments:

  1. Salam KakCik,
    Halalkan saya download gambar kambing dan ambil tajuk untuk posting saya.

    ReplyDelete
  2. Maaf! KpSpn, Silap tulis nama. Bukan KakCikSeroja.

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...