Hehehe... tak abis-abis lagi teman mem'promote' Kuala Kangsar....
Menurut kepercayaan orang ramai, nama Kuala Kangsar berasal dari perkataan Kuala Kurang Sa yang membawa maksud Kuala Kurang Satu.... ('sa' maksudnya satu mengikut dialek perak).
Kononnya mengikut cerita, orang yang menemui tempat ini mendapati dia berada di kuala sungai yang ke 99 apabila dikira dari muara sungai Perak ketika mudik ke hulu... lagi sa (satu) nak ke 100... begitu la ceritanya..... tapi tidak dapat dipastikan kesahihannya....
ada juga yang mengatakan nama Kuala Kangsar berasal dari nama pokok kangsar.... Seorang penulis S. Durai Raja Singam dalam bukunya 'Malayan Place Names' yang diterbitkan pada tahun 1938 mengatakan nama Kuala Kangsar diambil dari nama Sungai Kangsar sempena nama pokok kangsar (hibiscus flocussus).
ermmm... banyak versi ler....
Sumber :
Buku Kuala Kangsar Kuala Kurang-sa?
Terbitan Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)

No comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...