Sunday, July 12, 2009

Tanjung karang.. padi...

Hari ni saya ke Tanjung Karang, Selangor... kenduri di rumah pengantin lelaki, ipar saya... Perjalanan dari Kuala Kangsar melalui Manong, Parit, Teluk Intan, Sabak Bernam hingga sampai ke Tanjung Karang amat mengasyikkan dengan pemandangan kampung dan sawah padi yang mendamaikan... Sawah yang terbentang bagai permaidani yang indah... saujana mata memandang... Padi yang menguning menunggu masa untuk dituai...

Yang menariknya, ipar saya berketurunan Jawa, yang terkenal dengan rajin bekerja, terutamanya bertani... Kenduri yang dijalankan secara bergotong royong sekampung dengan jemputan seramai 2500 orang.. ramainya jemputan.. Dan seperti kebiasaan ada hidangan yang tak pernah dilupakan, iaitu tempe goreng.. hehehe.. makanan kegemaran saya.. sampai terlupa lauk yang lain...


Tetamu diraikan dengan tarian dari penari cilik
yang didatangkan khas dari Teluk Intan



Tempe goreng... memang best... hehehe...




Sawah padi yang indah


Jom kenali padi... sumber makanan ruji rakyat Malaysia....

Padi adalah tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu di tanam dengan cara yang teratur.

Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.

Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.

Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.

Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sabagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu.


Sumber : Wikipedia

2 comments:

  1. Hye there, can you help me in projek about paddy?
    my study is about spider in paddy field and i want to know more information about paddy such as paddy season-planting, harvesting etc.
    drop me an email asap at jenniferpinklover@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. wer cn i get info about tanjung karang paddy field..?

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...