Monday, July 13, 2009

Kopi...

Semester baru saja bermula.. kini saya kembali seperti sediakala, berulangalik ke USM bagi meneruskan pengajian saya. Kuliah dah masuk minggu kedua... lama sangat bercuti menyebabkan perjalanan ke USM rasa agak meletihkan, terutama ketika malam waktu pulang ke rumah, kira-kira satu setengah jam dari USM.. ermmm.... memandu pun dalam keadaan mengantuk... memang la bahaya.. Pembantunya? Kopi... panas atau dalam tin... Saya suka minum kopi Gano atau Nescafe... atau gula-gula Kopiko... pengubat mengantuk...



Kopi.... sememangnya sudah sebati dengan kehidupan rakyat Malaysia sejak zaman berzaman. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nestle, orang Melayu adalah peminum terbesar kopi di Malaysia.

Kopi mengandungi bahan antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan.

Presiden Makanan Functional di Fakulti Sains Makanan dan Nutrisi, Universiti Leeds, United Kingdom, Profesor Gary Williamson berkata, tubuh manusia terdedah kepada zarah yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas terhasil daripada beberapa punca seperti asap kenderaan, daripada asap, pancaran matahari (UV), tekanan hidup, tabiat merokok dan sebagainya. Ia akan menyebabkan sel-sel kulit rosak dan kurang keanjalan sehingga kulit nampak berkedut, kusam dan pelbagai masalah lain.

"Bagaimanapun radikal bebas sebenar boleh diuraikan dengan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi bahan antioksida atau dalam bahasa saintifiknya dipanggil polyphenols." kata Profesor Gary.

Kajian saintifik turut merujuk kepada polyphenols sebagai elemen penambah jangka hayat sebagai sumber kesihatan serta antioksida yang tinggi.

"Antioksida ini juga mengurangkan kesan penuaan serta risiko penyakit kronik," jelas beliau.

"Secawan kopi mengandungi dua kali ganda bahan antioksida yang terdapat di dalam minuman koko, jadi minum kopi adalah cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mendapat perlindungan dari bahan radikal bebas, sekali gus melindungi diri dari pelbagai serangan penyakit kronik," tambah beliau.

Tidak kira apa jenis kopi yang diminum, antioksida tetap diperolehi sama ada dalam kopi campuran mahupun kopi yang telah dinyahkafein.


2 comments:

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...