Thursday, July 16, 2009

Bunga Tanjung....

Ketika memandu ke sekolah tadi, saya terdengar lagu 'Bunga Tanjung', nyanyian Sharifah Aini di corong radio.... menghayati senikatanya.... terkesan jua di jiwa...sebenarnya sebelum ini jarang saya menghayati lagu-lagu... mungkin sebab saya memang tak pandai menghayati karya-karya seni... hehehe...

Lagu ni melambangkan seorang wanita yang cantik jelita.....yang bangga dengan apa yang dimilikinya.... tapi ianya sekadar menjadi perhiasan dunia... tiba masanya ia tersungkur jua ke bumi.. tak bererti lagi...


BUNGA TANJUNG

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi




Tapi Bunga Tanjung banyak kegunaanya.....


Nama biasa : Bunga Tanjung

Nama Saintifik : Mimusops elengi

Famili : Sapotaceae


Bunga Tanjung berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu. Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai karektor yang amat digemari oleh pereka lanskap dan peminat lanskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang.


Kegunaan :

1. Merawat ruam bernanah. Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari.

3. Merawat luka. Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rinitis. Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.

5. Mewangikan rambut. Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.


Sumber : Wikipedia

2 comments:

  1. Salam sejahtera.
    How do I get/purchase the bunga tanjung plant?

    Sunita Gill
    Kuching, Sarawak

    ReplyDelete
  2. mengingatkan aku pada seseorang :I

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...