Saturday, July 11, 2009

Strawberi...

Minggu depan saya ada mesyuarat di Cameron Highland.. Rakan-rakan dah sibuk pesan strawberi.. Ermmm.. tak boleh nak janji.. Cuti penggal yang lepas, saya tak jumpa pun buah strawberi ni.. tak de dalam pasaran di sana.. kata penjual-penjual termasuk di stesen MARDI, bekalan dah abis, yang ada hanya buah yang kering saja.. di pokok hanya ada buah strawberi yang muda, buahnya kecil dan berwarna hijau...




Strawberi adalah sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Salah satu spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. ....banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.


Khasiat strawberi :

  1. Warna merah pada strawberi masak, kaya dengan pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh. (Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan).
  2. Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
  3. Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
  4. Strawberi juga boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
  5. Daun strawberi memiliki zat astringent. Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit. Daunnya pula direbus dan airnya juga boleh digunakan untuk mencuci dan mengubati kudis dan luka-luka. Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan. Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu, ia bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.
  6. Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dipenuhi oleh lapan buah strawberi (98mg).

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...