Wednesday, July 15, 2009

Pelajarku melatah...

Dalam perjalanan kami untuk lawatan ke Teluk Intan baru-baru ini, saya dikejutkan dengan 2 orang pelajar perempuan yang melatah.. Tak pernah saya perasan sebelum ni, walaupun dah hampir 2 tahun mengajar mereka... Hampir tak berhenti saya ketawa dengan gelagat mereka... sampai susah nak bagi arahan untuk pelajar-pelajar yang lain.

Sejak itu, ketika amali di makmal atau di Laman Agro, saya jadi lebih berhati-hati, memastikan mereka tidak terkejut atau dikejutkan oleh kawan-kawan yang nakal, terutama ketika mereka memegang alatan makmal atau kebun yang boleh membahayakan diri mereka dan orang lain. Ermmm... muda lagi dah melatah....



Latah adalah penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat.


Sekadar gambar hiasan


Sumber : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...