Monday, March 23, 2009

Aduhai keladi bunting....

Sudah lama saya perhatikan keladi bunting yang saya biakkan untuk ternakan ikan keli saya ni... Dari mula saya biakkan hinggalah sekarang, tak nampak tanda-tanda ia tumbuh dengan subur, walau banyak baja kompos telah saya tambahkan ke dalam air.. Dah la tu, diganggu pula oleh 'anasir-anasir' yang belum sempat saya 'cekup'.... yang dengan 'suka-suka'nya merosakkan daun-daun keladi tersebut.

Setelah saya selidiki, rupa-rupanya pokok ini kurang mendapat cahaya matahari, memandangkan ianya saya biakkan di kawasan yang agak teduh... Sedangkan ia memerlukan cahaya yang mencukupi untuk pertumbuhannya... Di kawasan yang agak terik cahayanya, pokok ini tumbuh dengan begitu subur dan membiak dengan cepat.

Untuk itu, saya perlu mengubah kedudukan takungan ternakan ikan ini ke tempat yang terbuka supaya dapat memenuhi keperluan cahaya yang mencukupi bagi pokok keladi bunting ini...


daun keladi bunting yang rosak


Nak info tentang pokok keladi bunting? Sila klik

2 comments:

  1. kt mane nak crik pokok nie.. da puas saya crik tp x jumpa2..
    klw awak ad supply pokok nie plz call no nie 016-2010563

    ReplyDelete
  2. cari kat tepi longkang jalanraya, pasti ada

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...