Tuesday, March 10, 2009

Menyemai Benih Kailan

Dua minggu lepas, saya meminta pelajar Tingkatan 4 untuk menyemai benih sayur yang baru bagi penanaman sayur secara fertigasi. Memandangkan mereka telah menjalankan amali tersebut pada bulan lepas, saya tidak la begitu mengambil perhatian pada setiap langkah yang mereka buat ketika menyemai benih-benih tersebut.. dah pandai la katakan. Saya pesan, mesti pastikan di setiap lubang hanya masukkan 2 - 3 biji benih sahaja. Mereka pun nampaknya begitu seronok menyemai benih-benih tersebut.. saya perhatikan saja dari jauh..

3 hari kemudian (sebab diselang dengan cuti hujung minggu) terkejut saya bila saya lihat di tempat semaian, punya la banyak anak benih yang tumbuh... ada yang sampai 10 anak benih dalam 1 lubang.... hmmm... anak-anak didikku ni memang tak dengar kata... terlalu 'enjoy' dalam menjalankan amali hingga lupa perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh penyemai bagi memastikan anak benih mendapat keperluan asas yang mencukupi..


Keperluan asas bagi tanaman : cahaya, air, ruang dan nutrien

Bilangan biji benih yang sesuai bagi 1 lubang : 2-3 biji



Tempat penyemaian biji benih

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...