Pertanian adalah pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain melalui suatu sistem ternakan atau tanaman.
Dalam pengunaan moden, ia meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan memproses ternakan.
Sejarah pertanian merupakan elemen utama dalam sejarah manusia kerana tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan sosioekonomi secara sejagat, termasuk peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer" — di mana petani berupaya mengeluarkan makanan melebihi keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negara nya boleh melibatkan diri mereka dalam bidang lain daripada pertanian.
42% dari pekerja dunia adalah di dalam bidang pertanian, dengan itu ia merupakan perkerjaan yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, pengeluaran pertanian hanya menyumbang kepada kurang dari 5% keluaran dunia kasar.
Maklumat diatas, mengenai pertanian, saya perolehi daripada Wikipedia untuk tatapan semua. Agar dapat difahami istilahnya dari ertikata yang sebenarnya. Sebabnya ada di antara kita yang masih tak faham istilah pertanian, yang memandang rendah kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pertanian. Ada yang tak sanggup nak pegang tanah, pegang baja, seolah-olah ianya terlalu menggelikan bagi mereka. Nak kutuk lebih-lebih pun susah, sebab pelajar-pelajar saya yang mengambil aliran pertanian pun, ramai yang tak biasa bermain dengan tanah dan lumpur, tak biasa melakukan kerja-kerja penanaman dan penternakan.. Yang lucunya, nama-nama sayuran pun masih tak lulus lagi.. aduhai pelajar ku..... jangan lah subjek ini kalian jadikan sebagai satu pelarian...
No comments:
Post a Comment
Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...