Sunday, March 8, 2009

Penanaman Sayur Secara Fertigasi

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Sistem Fertigasi ialah satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro, hidroponik Aliran Dalam, hidroponik Aliran Cetek, hidroponik static, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Sistem Fertigasi sangat sesuai bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato, timun jepun, cili merah, terung, melon, cili, sayur, strawberi dan juga pokok hiasan. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untuk mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga penyakit layu bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran. Baja terus diberi kapada zon akar supaya mudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi tujuan mengawal serangga perosak dan rumput dengan membuat Rumah Lindungan Hujan dan juga jaring kalis serangga. Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat dijimatkan. Sistem ini juga tidak menggunakan tanah.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite,zeolite dan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas kerana harganya murah dan ringan, serta mudah digunakan. Peralatan atau kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki, tong stok nutrient, pam, paip poly atau pvc. Dripper, mini tubing, tubing, timer dan peralatan kawalan air dan baja. Dalam sistem fertigasi, air baja diberi mengikut masa iaitu antara 3 – 6 kali sehari selama 5 – 10 minit. Ini bergantung kepada cuaca dan juga kawasan tanaman.

Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 – RM 180,000 untuk kawasan seluas satu ekar dengan muatan beg 6 - 7 ribu. Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman. Hasil pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas kawasan terbuka. Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun.



Sistem Penanaman Fertigasi yang dijalankan di Laman Agro SMK Muhibbah



Kawasan penanaman yang mempunyai struktur pelindung hujan





2 comments:

  1. fertigasi cili padi

    http://fertigasidiy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    nanti saya visit laman tu....

    ReplyDelete

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan...