Tahun ini sekolah kami telah mendapat anak baru yang istimewa.. pelajar pendidikan khas kohort pertama. Bilangan mereka tidak ramai, dalam 6 orang sahaja, dengan 2 orang guru Pendidikan Khas. Ada yang 'sindrom down', 'hyperactive' dan lain-lain masalah lagi. Walaupun mereka kekurangan dalam aspek pemikiran, seluruh warga sekolah menerima mereka dengan baik... dengan rasa kasih terhadap mereka sebagai insan-insan yang istimewa.
Baru-baru ini guru-guru mereka menyuarakan kepada saya tentang program khas intergrasi pertanian yang mereka rancangkan untuk pelajar-pelajar ini. Mereka akan menanam pokok 'rosell' dan menternak puyuh di Laman Agro sekolah. Saya bagi pihak panitia Sains Pertanian mengalu-alukan projek mereka ini dengan harapan akan mempelbagaikan jenis pertanian yang kami usahakan di Laman Agro.
Untuk guru-guru dan pelajar Pendidikan Khas yang ingin menyertai projek di Laman Agro, ahlan wasahlan kami ucapkan......
Pelajar pendidikan khas bersama pelajar lain di
Dataran Perhimpunan
Pelajar pendidikan khas bersama pelajar lain di
Dataran Perhimpunan
Cikgu Lokman dan Cikgu Husniah sedang menunjukkan
cara memberi makan ikan kepada pelajar Pendidikan Khas
burung puyuh.. memang sangat 'cute' untuk diternak
cara memberi makan ikan kepada pelajar Pendidikan Khas
burung puyuh.. memang sangat 'cute' untuk diternak
wah..
ReplyDeletenice la ckgu..:)
mish them la