Mengajar subjek Sains Pertanian adalah perkara baru bagi saya walaupun saya adalah bekas pelajar UPM yang pernah mengikuti pengajian Diploma Pertanian. Begitu lama saya tinggalkan bidang ini setelah tamat belajar di UPM.
Selama ini saya banyak bergelumang dengan subjek sains, geografi, sejarah.. dah lupa cara bertani.. menternak ayam... Hingga lah saya kembali ke bidang ini sejak tahun 2006 yang lalu.. Ditugaskan untuk mengajar Sains Pertanian bagi kohort yang pertama di sekolah saya... Bermula dari zero.... aduhhh..... perit betul saya rasakan untuk kembali memulakan projek-projek pertanian... keseorangan menguruskan Panitia Sains Pertanian... menguruskan amali... tak semudah kata-kata... saya jadi lemah sendirian...
Sehinggalah saya dipertemukan dengan ramai rakan seperjuangan yang hebat-hebat di bidang ini melalui kursus-kursus dan mesyuarat yang saya ikuti... Kini semangat saya jadi kuat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pertanian...
Kepada rakan-rakan seperjuangan.... terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan dorongan daripada kalian....
Ramai lagi rakan-rakan seperjuangan saya yang tak tertera gambarnya di sini...
Hari ni saya ke sekolah... ada Hari Profesional... sempat tengok ikan dan keladi bunting. Nampaknya pokok-pokok keladi tu dah mula tumbuh dengan subur... sihat dan cantik menghijau, walaupun baru jer saya ubah ke tempat yang cukup keperluan cahayanya pada hari Khamis yang lalu... Alhamdulillah... Syukur ke hadratNya....
Sibuk sangat tadi... tak sempat mengambil gambar... Yang ada ni saya ambil dari internet.. seakan pokok keladi bunting saya yang mula subur menghijau...
Petang tadi, ketika saya dalam perjalanan balik ke rumah saya (kira-kira 21 km dari sekolah), hujan turun dengan lebat... tiba-tiba teringat ikan-ikan saya di dalam tangki... terlupa, saya dah tutup atau buka kunci 'over flow' selepas pemindahan tangki tadi..... aduhhh... kalau tutup, bermakna air tangki akan penuh, dan ikan-ikan saya akan berenang keluar dari tangki.....
Dalam hujan yang begitu lebat, saya berpatah balik ke sekolah.. meluru ke Laman Agro dalam hujan lebat.. payung yang saya guna pun dah tak ada erti... berhujanlah saya bersama keli petang tadi... tapi hati saya puas.. ikan-ikan saya dalam keadaan selamat...
Hmmm... asyik ingat ikan keli jer... dah macam arwah tuk dan nenek saya di kampung dengan ayam dan kambing mereka.... he he he....
Hari ini saya mengubah kedudukan tangki ternakan ikan keli ke tempat yang mempunyai pencahayaan yang lebih baik untuk pertumbuhan pokok keladi bunting... Kebetulan Encik Sabri, pemborong bahan-bahan fertigasi dan penternakan ikan, datang ke sekolah.. peluang baik untuk saya memintanya membantu saya mengubah kedudukan tangki tersebut ke tempat yang lebih strategik... bukan mudah untuk saya yang tak mahir ni nak mengubahnya kerana ia mempunyai saluran 'over flow' ke longkang yang berdekatan... silap haribulan, saluran tersebut boleh patah...
Mesyuarat J/K Kurikulum Matapelajaran Sains Pertanian Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar Bil 1/2009 telah dijalankan pada hari Selasa, 24 Mac 2009, jam 2.45 petang di Bilik Gerakan SMK Muhibbah.
Semua Ketua dan wakil Panitia Sains Pertanian dari SMK Muhibbah, SMK Temenggung, SMK Sayong dan SMK Raja Muda Musa telah hadir dan memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan mesyuarat Panitia Daerah Kuala Kangsar kali yang pertama bagi Tahun 2009. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Saniyah bt Abbas, Pengetua SMK Muhibbah.
Ahli-ahli mesyuarat :
Puan Saniyah bt Abbas - Pengerusi (Pengetua SMK Muhibbah)
Sudah lama saya perhatikan keladi bunting yang saya biakkan untuk ternakan ikan keli saya ni... Dari mula saya biakkan hinggalah sekarang, tak nampak tanda-tanda ia tumbuh dengan subur, walau banyak baja kompos telah saya tambahkan ke dalam air.. Dah la tu, diganggu pula oleh 'anasir-anasir' yang belum sempat saya 'cekup'.... yang dengan 'suka-suka'nya merosakkan daun-daun keladi tersebut.
Setelah saya selidiki, rupa-rupanya pokok ini kurang mendapat cahaya matahari, memandangkan ianya saya biakkan di kawasan yang agak teduh... Sedangkan ia memerlukan cahaya yang mencukupi untuk pertumbuhannya... Di kawasan yang agak terik cahayanya, pokok ini tumbuh dengan begitu subur dan membiak dengan cepat.
Untuk itu, saya perlu mengubah kedudukan takungan ternakan ikan ini ke tempat yang terbuka supaya dapat memenuhi keperluan cahaya yang mencukupi bagi pokok keladi bunting ini...
Pada hari Khamis, 19 mac 2009, kami membuat tuaian terakhir untuk sayur kailan... Sayur-sayur ini diagihkan kepada pelajar yang datang memungut hasil, sebagai dorongan kepada mereka untuk mencintai 'tanah'.
hasil terahir dikongsi bersama
Terdapat 2-3 pokok kailan yang teruk diserang perosak daun.... perosak ini akan membiak dengan banyaknya jika dibiarkan... so, kami buat pengawalan perosak, guna amalan kultur... tempat penanaman akan dibiarkan 2 minggu tanpa sebarang tanaman baru, nak elakkan perosak ini membiak.. Boleh juga digilirkan dengan tanaman lain, dengan menanam sayuran jenis buah seperti cili, timun, terung dan sebagainya yang sesuai untuk fertigasi.
Menternak itik? Jarang kita lihat orang perseorangan menternak itik. Mungkin rasanya yang tidak sepopular ayam terutama bagi masyarakat Melayu. Tapi ramai yang suka makan telur masin (telur masin dibuat daripada telur itik) , terutama orang Melayu, ketika bulan Ramadhan... tika melayan selera di waktu berbuka dan sahur... so apakata kita cuba menternak itik pula... amacam?
untuk keterangan lanjut tentang cara penternakan itik, sila klik
reput berair pada kobis disebabkan oleh bakteria Erwinia carotovora
Tanda-tanda penyakit akibat diserang oleh virus :
1. Tanda pada daun
2. Tanda pada bunga
3. Tanda pada buah
timun diserang virus mozek
KAEDAH PENGAWALAN PENYAKIT SECARA BERSEPADU (PPB)
Penyakit
1. Amalan kultur
2. Kawalan persekitaran
3. Kebersihan
4. Kawalan secara biologi
5. Kawalan secara kimia
Serangga
1. Kawalan kimia
2. Kawalan biologi
3. Kawalan kultur
4. Kawalan mekanikal dan fizikal
FAKTOR PENTING DALAM KONSEP PPB
mengambilkira faktor ekonomik, ekologi dan sosiologi
kawalan secara PPB tidak akan memberi kawalan perosak seratus peratus
kawalan perosak dalam jangka masa panjang
racun perosak digunakan apabila perlu sebagai usaha terakhir sahaja
konsep aras ambang ekonomik diamalkan iaitu kawalan hanya dilaksanakan apabila populasi mengancam dan mengurangkan hasil. Hasil daripada pengawalan mestilah menguntungkan.
memberi keutamaan kepada cara kawalan biologi
mengambilkira kompleks perosak yang menyerang tanaman dari masa menanam hingga kutip hasil
merendahkan populasi perosak bukan menghapuskannya
PPB merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan amalan kultur dan agronomi keseluruhan bagi tanaman tertentu.
Setelah lebih kurang 45 hari sayur kailankami hidup dengan subur, ada penganggu yang menyerang.... ulat hijau yang panjang, bernama Plutella (nama saintifiknya, Plutella xylostella)... namanya memang sedap disebut tapi ia ulat perosak daun..... gara-garanya beberapa pokok kailan berlubang-lubang daunnya... oleh itu, ia perlu dihapuskan sebelum membiak dengan banyaknya..
Ulat Plutella
Plutella xylostella L
Makan daun di semua peringkat. Daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang lutsinar.
Cara mengatasi
Sembur dengan Bacillus thuringiensis (saya akan terangkan nanti) jika terdapat 4 ekor larva/pokok. Jika perlu, sembur dengan racun serangga seperti acephate chlorifluazuron.
Setakat ini saya belum lagi menyembur apa-apa bahan kimia untuk mengawal perosak sebab masalah ini belum begitu serius, hanya terdapat beberapa ekor si plutella lapar ni dalam Laman Agro saya. Di samping itu, saya juga kurang berminat dengan penggunaan racun perosak. Setelah kailan ini saya tuai sepenuhnya esok, saya akan kosongkan polibeg tanpa sebarang tanaman dalam tempoh 2 minggu untuk melumpuhkan kitar hidup perosak ini... setelah 2 minggu, baru lah saya akan mula membuat penanaman semula.
Pengawalan cara organik...? saya belum pernah cuba... ada teman yang beritahu, kita boleh menggunakan air kisaran cili untuk disemburkan kepada tanaman... saya akan cuba dapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini... tunggu....
Hari ni kami buat jualan lagi untuk kailan yang telah matang. Kailan yang kami tanam matang dalam masa yang berlainan, mungkin disebabkan masalah terlebih nutrien semasa proses tumbesarannya... so, ada yang terbantut... ambil masa untuk matang.
Dalam tiga hari lagi, kami akan membuat tuaian yang terakhir sebelum membuat penanaman anak benih sayur yang baru... hmmm... berbaloinya berbudi kepada 'tanah'...
Kailan matang tak serentak
Kailan yang matang
Dah lama sebenarnya saya tak bertani.. asyik sibuk dengan berbagai kerja.. Sejak memulakan projek di Laman Agro, indah sungguh rasanya bila tengok sayur-sayur yang ditanam membesar dengan sihat.. ikan-ikan yang diternak berenang-renang di air... sukar nak digambarkan kepuasan yang dirasai... dah jadi satu terapi untuk menghilangkan stress kerja..
Kalau anda nak rasai keindahan itu, cubalah... berbudi kepada 'tanah'....
Melakukan bedah siasat ke atas sistem pencernaan ayam
Hari ni merupakan hari yang amat dinanti-nanti oleh pelajar-pelajar saya..... menjalankan amali pembedahan ayam bagi membuat bedah siasat ke atas sistem pencernaannya. Dari tahun lepas mereka dah 'bising-bising', tak sabar-sabar nak lakukan amali ini. Konon-konon macam kerja forensik.... he he he.. ahli forensik ayam......
Untuk itu saya memilih waktu cuti sekolah bagi menjalankannya sebab amali ini agak panjang. Memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, daripada peringkat pembedahan, hinggalah ke peringkat menyusun tiap-tiap organ yang terlibat berserta membuat perlabelan.
Mereka memang 'enjoy' dengan amali ini walaupun bersungut juga tentang kebusukan usus-usus ayam tersebut. Dalam keseronokan menjalankan amali, ada dua kumpulan yang telah meleraikan organ-organ tersebut. Agak lucu jadinya, bila saya paksa mereka menyambung semula organ-organ yang telah mereka ceraikan itu.
Yang paling menarik bila saya minta mereka membelah tembolok, proventrikulus, hempedal dan usus.. supaya mereka tahu apa yang terdapat di dalam organ-organ tersebut... nampaknya mereka agak geli, terutama bila membelah usus yang penuh dengan najis itu. He he he... lucu rasanya....
Membuang kulit ayam
Membelah daripada bahagian kloaka hingga ke abdomen
Mengeluarkan organ-organ pencernaan
Organ pencernaan yang telah dikeluarkan
Menyusun organ pencernaan
Membuat perlabelan
Alhamdulillah, dengan izinNya jua, berjaya juga mereka menjalankan amali tersebut dengan kerjasama yang erat antara ahli-ahli kumpulan. Semoga amali ini membantu mereka untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk 'pemakanan ternakan bukan ruminan' dan dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan yang bakal mendatang, insyaAllah....
Haiwan ternakan memberi sumbangan yang besar dalam kehidupan manusia. Ternakan membekalkan pelbagai bahan untuk manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.
Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan adalah :